‘Kamu ingat kami binatang bawa anak… ‘

TAMAN Tema Sunway Lagoon mengambil serius aduan penyanyi Stacy Anam berhubung dua kakitangan mereka yang didakwa memperlekehkan dia dan suami, Akim Ahmad.

Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Stacy, taman tema itu menjelaskan akan menyiasat perkara berkenaan.

“Terima kasih kerana tampil memberi maklum balas mengenai insiden yang berlaku.

“Kami kesal dengan pengalaman buruk yang dilalui. Untuk pengetahuan, kami sedang menyiasat perkara ini.

“Pihak pengurusan juga tidak akan menerima sebarang tindakan dan perilaku yang tidak baik. Kami akan mengambil tindakan. Terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Stacy berterima kasih dengan maklum balas pihak taman tema terbabit.

“Saya mengambil langkah memuat naik perkara ini kerana sebagai pengunjung perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kami membayar tetapi kami mendapat layanan yang kurang baik daripada kakitangan anda.

“Siapa nak menerima layanan sebegini? Saya berharap ia menjadi pengajaran untuk kedua pihak.

“Wang ringgit yang dikeluarkan adalah untuk datang bergembira bersama keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & Majistret berkata, layanan sebegini sudah biasa dilalui golongan artis.

“Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.

“Untuk saya perkara sebegitu sudah biasa dilalui oleh artis. Mungkin ada hikmah benda ini untuk semua pihak termasuklah pengurusan dan apapun pekerjaan.

“Dengan era yang serba canggih dan kita nak melangkah ke tahun 2020, harap semua ada peningkatan dari segi kesopanan dan kesusilaan,” tulisnya.

Salah seorang staff disana bercakap dengan nada yang sinis kepda kawannya, 
“NI ARTIS LA NI, XKAN KAU TIDAK KENAL?”
“OH SORRYLAH TIDAK KENAL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *