Seluar panjang punca helikopter terhempas

Wellington: Sehelai seluar panjang yang terbelit di kipas pada ekor sebuah helikopter disahkan sebagai punca pesawat itu terhempas dan menyebabkan tiga penumpang maut.

Bangkai helikopter yang terhempas di Wanaka di South Island Oktober lalu.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Pengangkutan mendedahkan penemuan mengejutkan itu ketika menyiasat punca nahas helikopter yang meragut tiga nyawa pada Oktober lalu di lokasi pelancongan Wanaka di South Island.

“Terdapat bukti bahawa sehelai seluar panjang yang disimpan dalam kabin terkeluar dari helikopter dan terbelit dengan kipas rotor pesawat.

“Kesan cat pada seluar itu berpadanan dengan warna dan profil bilah kipas rotor dan kesan pada bilah kipas itu berpadanan dengan zip dan penyambung seluar terbabit,” kata ketua suruhanjaya, Jane Meares.

Suruhanjaya berkenaan ketika mendedahkan hasil siasatan berkata, kejadian itu membuktikan dengan jelas bahaya jika barangan tidak disimpan rapi dalam kabin helikopter.

Nahas ngeri itu berlaku pada 18 Oktober ketika helikopter berkenaan mahu berlepas, meragut nyawa juruterbang, Nick Wallis dan dua pekerja jabatan perlindungan. – AFP/Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *