Ali budak ajaib

Lapor Tribunnews.com, kanak-kanak yang bernama Ali itu dijumpai berdekatan runtuhan hotel Mutiara Resort selepas pihak berkuasa Banten terdengar suara tangisannya.

CARITA (Indonesia): Seorang budak lelaki berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap hampir 12 jam dalam sebuah kereta yang dihanyutkan tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu.

Media Indonesia melaporkan budak lelaki itu ditemui dalam sebuah kereta yang ditimbuni kayu pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran hotel Mutiara Resort di Pantai Carita.

Budak lelaki yang dikenali sebagai Ali itu diselamatkan selepas anggota penyelamat mendengar suaranya menangis di dalam timbunan kayu berkenaan.

Beberapa anggota polis mengalihkan kayu dan sisa runtuhan sebelum menemui kereta itu dihempap sebatang pokok yang tumbang.

Satu rakaman video menunjukkan detik-detik kanak-kanak itu dibawa keluar dari dalam kereta dan menangis ketika didukung oleh seorang anggota polis.


Ketika ditemui hanya kanak-kanak itu yang berada dalam kereta berkenaan.

Pihak polis memberitahu, kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan polis juga sedang mengesan ibu bapanya. – Agensi/Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *