Anggota polis maut selepas motorsikal berkuasa besar bertembung kereta di Tuaran

KOTA KINABALU, 23 Dis – Seorang anggota polis maut selepas motorsikal berkuasa besar yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan berhampiran Arena Futsal, Jalan Sulaman, Tuaran, petang tadi.

Keadaan di tempat kemalangan berhampiran gelanggang Futsal Jalan Sulaman.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Faizal Wahid berkata kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Menurutnya sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Tuaran bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang.

“Pasukan EMRS memberikan rawatan awal di lokasi sebelum menghantar Sarjan Mohd Norzanyzan ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk tindakan selanjutnya. Mayatnya kini masih ditahan di hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu serta semua penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat, sebelum menamatkan operasi.

– BERNAMA

Keadaan di tempat kemalangan berhampiran gelanggang Futsal Jalan Sulaman.
Keadaan motosikal mangsa yang remuk akibat perlanggaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *