Bekas Pemimpin UMNO Sertai BERSATU?

Antara gambar yang tular di media sosial menunjukkan Hajiji, Masidi dan wakil rakyat yang telah keluar Umno dengan borang keahlian Bersatu. Gambar sumber Media Sosial

KOTA KINABALU: Spekulasi kumpulan bekas pemimpin Umno Sabah bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin kuat dengan tersebarnya gambar pengagihan borang keahlian parti dikalangan mereka hari ini.

Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan bekas ketua badan perhubungan Umno Sabah Datuk Hajiji Noor mengagih-agihkan apa yang dilihat sebagai borang keahlian Bersatu.

Gambar menunjukkan Hajiji dan bekas Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu Datuk Faisyal Hamdan Diego memegang borang keahlian Bersatu. Gambar sumber Media Sosial

ADUN Karanaan Datuk Masidi Manjun apabila dihubungi tidak memberi sebarang komen terhadap gambar-gambar tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau dan beberapa orang lagi menyatakan mereka masih lagi ahli bebas buat masa ini.

Minggu lalu, 13 wakil rakyat Umno Sabah termasuk Hajiji dan Masidi bersama dua orang senator mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ahli bebas.

Mereka juga menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dan Kerajaan Negeri pimpinan Warisan.

Ura-ura mereka bakal menyertai Bersatu mendapat tentangan terutama dari kalangan Warisan kerana ini bermakna parti itu akan bertapak di Sabah walhal Bersatu telah membuat perjanjian dengan Warisan tidak akan mengembangkan sayap ke Sabah.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamed mengesahkan bahawa Bersatu tidak akan akan masuk ke  pada Sabah namun pada masa sama beliau menyatakan tiada larangan bagi orang Sabah menyertai Bersatu.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *