Mayat Terapung Di Laut Kampung Pondo, Pulau Gaya

Mayat seorang lelaki ditemui terapung di kawasan laut dekat Kampung Pondo, Pulau Gaya, pagi tadi.

Gambah Ehsan PPM Kota Kinabalu

Mayat memakai baju ditemui penduduk kampung berkenaan jam 8 pagi sebelum menghubungi pihak polis.

Polis dari Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berada di lokasi kejadian untuk mengangkat dan membawa mayat berkenaan ke Hospital Queen Elizabeth.

Setakat ini, identiti mayat terbabit belum diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *