Polis Tahan Tiga Suspek Kumpulan Pengganas Di Tawau, Tenom – KPN

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk dua warga Filipina yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam operasi di Sabah, Kelantan, Selangor dan Kedah.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk dua warga Filipina yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam operasi di Sabah, Kelantan, Selangor dan Kedah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan hari ini (Isnin Dec 10, 2018) berkata semua tangkapan itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas PDRM dari 19 hingga 28 Nov lepas.

Mohamad Fuzi berkata tangkapan di Tawau pada 21 Nov pula melibatkan seorang lelaki warga Filipina berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pekebun, hasil kerjasama dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Suspek merupakan anggota kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) yang terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga siri penculikan di Selatan Filipina dan Sabah.

“Suspek turut disenaraikan sebagai antara individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa ESSCom bagi membantu siasatan kes-kes jenayah di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya.

Tangkapan di Tenom pula pada 28 Nov melibatkan sepasang suami isteri masing-masing berusia 48 dan 40 tahun yang suaminya warga Filipina, bekerja sebagai buruh manakala isterinya seorang suri rumah warga tempatan.

Katanya pasangan suami isteri itu terlibat dalam menyembunyikan maklumat mengenai kehadiran anggota kumpulan ASG di Sabah.

Gambar hiasan sahaja

Menurut Mohamad Fuzi, tangkapan pertama seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual madu ditahan di Kelantan pada 19 Nov.

“Suspek menerima arahan daripada rakyat Malaysia, Akel Zainal yang menyertai kumpulan pengganas DAESH di Syria iaitu untuk melancarkan serangan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata tangkapan kedua di Kajang, Selangor pada 20 Nov melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas.

Suspek berkenaan terlibat dalam menyalurkan dana berjumlah kira-kira RM14,000 kepada rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi yang menyertai DAESH di Syria pada 2016 dan 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan.

Tangkapan seterusnya melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai kakitangan sebuah sekolah memandu ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada 21 Nov lepas kerana disyaki menerima arahan daripada anggota kanan kumpulan DAESH warga Malaysia di Syria untuk melancarkan serangan ke atas orang-orang bukan Islam dan tempat-tempat ibadat orang bukan Islam di negara ini.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu van kilang pula ditahan di Bedong, Kedah pada 22 Nov lepas.

Mohamad Fuzi berkata suspek itu terlibat dalam menyalurkan dana kepada sebuah kumpulan pengganas Pro-DAESH di Indonesia, Sel Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang terlibat dalam siri serangan ke atas balai polis di Jawa Tengah pada April tahun lepas.

Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).- borneotoday

ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *