Mati kena duduk kekasih gemuk

Windi Thomas dibawa ke mahkamah bagi didakwa membunuh kekasihnya. FOTO/GoErie.com.

PHILADELPHIA: Seorang wanita gemuk mengaku bersalah atas tuduhan membunuh teman lelakinya yang bertubuh kecil dengan duduk di atas dada mangsa hingga mati.

Mail Online melaporkan, Windi Thomas, 44, mengaku bersalah melakukan serangan hingga menyebabkan kematian Keeno Butler, 44, di rumah mereka di Eerie, Pennsylvania pada Mac tahun ini.

Peguamnya, Mark Del Duca memberitahu, dia memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara dari 20 hingga ke 40 tahun kepada 18 hingga 36 tahun kerana Windi membuat pengakuan bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh lain untuk menjatuhkan hukuman.

Menurut laporan media, Windi yang mempunyai berat melebihi 136 kilogram memberitahu polis, ketika kejadian dia sedang minum arak sebelum bertengkar dengan dengan kekasihnya.

Windi pada mulanya menyerang Butler dengan menikam tangan lelaki itu dengan pisau sebelum memukulnya dengan kaki meja.

Tidak cukup dengan itu, Windi bertindak duduk di atas dada Butler yang mempunyai berat 54 kilogram hingga mangsa mati.

Laporan bedah siasat menunjukkan kematian Butler adalah berpunca daripada tidak dapat bernafas akibat kecederaan pada leher dan dada. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *