Cari Jantung Pisang, Jumpa Rangka Manusia

Rangka manusia lengkap berpakaian dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang mencari jantung pisang di Kampung Numbak, Manggatal.

KOTA KINABALU: Lain dicari lain pula dapat. Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda ketika mencari jantung pisang tetapi terjumpa pula rangka manusia di Kampung Numbak, Menggatal dekat sini pagi tadi.

Lelaki yang enggan dikenali namanya itu berkata dia memasuki kawasan dalam belukar lebih kurang 11.30 pagi sebelum ternampak rangka manusia lengkap berpakaian itu.

“Aku cari jantung pisang bah sekali astagafirullah tulang baaa,” katanya ketika ditemui.

Menurut pemuda itu, dia terus berlari keluar dari kawasan itu dan memaklumkan dengan penduduk kampung yang kemudian menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat berkenaan penemuan rangka yang dipercayai manusia.

“Satu rangka lengkap berpakaian ditemui dan disyaki telah mati dua hingga tiga minggu lalu,” katanya.

Menurut Habibi, kes penemuan berkenaan akan disiasat dan rangka itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. -SabahNewsToday

Rangka manusia lengkap berpakaian dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang mencari jantung pisang di Kampung Numbak, Manggatal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *