Polis Marin tahan lelaki cuba seludup minyak petrol

Foto Ihsan PPM
Foto Ihsan PPM

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki dalam Ops Gelora di perairan Pulau Pom Pom semasa cuba menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran, semalam.

Komander PPM, Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, suspek berusia 25 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan selepas anggota PPM memeriksa botnya.

“Anggota PPM menemukan tiga tong besar berisi 90 liter minyak petrol, tujuh tong kecil berisi 70 liter minyak petrol dan satu tong merah berisi 25 liter petrol, dan tangkapan dibuat kerana suspek gagal menunjukkan permit, dan tanpa cukai Kastam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata pihaknya komited untuk menangani sebarang elemen jenayah di perairan negara dan berharap masyarakat dapat menyalurkan sebarang maklumat berguna kepada pihak keselamatan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *