Shafie, Azman Hashim dimasyhurkan Pro-Canselor UMS

ang Dipertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin menyampaikan watikah pemasyhuran sebagai Pro-Canselor baharu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-20 di Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-20, di sini, hari ini.

Turut menerima watikah pemasyhuran itu ialah Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad, Tan Sri Azman Hashim.

Pemasyhuran itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Pelantikan itu berkuatkuasa bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2021.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, KY Mustaffa dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Seramai 793 graduan menerima penganugerahan ijazah membabitkan ijazah kedoktoran, ijazah sarjana dan diploma bagi sidang satu konvokesyen hari ini.

Majlis Konvokesyen UMS tahun ini membabitkan 5,003 graduan terdiri 4,276 ijazah sarjana muda, 603 ijazah sarjana, 55 doktor falsafah dan 69 diploma.

Sementara itu, Juhar meminta graduan yang sudah menerima ijazah masing-masing agar terus menimba ilmu supaya dapat terus menyumbang sesuatu kepada keluarga, agama dan negera.

“Graduan adalah cerminan masa depan negara dan bakal menjadi pengganti kepada pemimpin yang sedia ada.

“Negara amat memerlukan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif demi memacu kemajuan berterusan,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *