Remaja Bawah Umur Dakwa Dirogol Rakan Abang

SEKADAR GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU: Seorang pelajar sekolah menengah mendakwa dirinya dirogol oleh rakan abangnya semasa membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Luyang berikutan mengalami jangkitan di bahagian kemaluan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa yang berumur 14 tahun mengakui sudah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya yang juga rakan abangnya kira-kira 10 kali.

OCPD Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji

“Siasatan mendapati mangsa yang juga anak bongsu dalam lima adik beradik mengakui telah melakukan hubungan seks bersama suspek yang sudah dikenalinya sejak sembilan tahun lalu di beberapa kawasan terbuka.

“Mangsa turut mengakui salah seorang dari rakan suspek yang tidak dikenali turut sama melakukan hubungan seks bersama mereka,” katanya.

Tambah Habibi, mereka mengadakan hubungan terbabit buat pertama kali pada November 2017 di kawasan kuburan dan kali kedua di tandas rumahnya kerana risau ibu suspek menyedari perbuatan itu.

“Kejadian kali ketiga turut berlaku di rumah suspek berikutan mangsa takut diugut menggunakan pisau oleh suspek dan terpaksa menuruti kemahuan suspek.

“Suspek juga mengugut untuk memberitahu orang bahawa mereka pernah melakukan hubungan seks dan mangsa tiada pilihan lain dan hanya melakukan apa yang diarahkan suspek.

“Hubungan mereka bagaimanapun berakhir pada 4 Ogos lalu berikutan suspek mempunyai teman wanita lain,” katanya.

Habibi berkata mangsa yang mengalami jangkitan di bahagian kemaluan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya berikutan pihak Klinik Kesihatan Luyang mengarahkan mangsa dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

Katanya kejadian masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan bagi membantu siasatan. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *