ATM Tahan 67 PATI Di Tanjung Labian

Sumber/Foto : ATM

Lahad Datu – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menumpaskan kemasukan 67 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dipercayai menyusup masuk ke negara ini di Tanjung Labian, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Panglima 13 Briged Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 35 lelaki, 13 wanita dan 19 kanak-kanak merupakan warga Filipina telah berjaya ditahan.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu hasil daripada rondaan bersepadu oleh pasukan operasi Op Pasir Pesisir Pantai dibawah naungan 13 Briged (ESSCOM) iaitu Batalion 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD).

Menurut Datuk Arman Rumaizi, ATM turut merampas 16 buah ‘pumpboat’ dan sebuah bot berbumbung dengan anggaran keseluruhan bernilai 25-ribu 500-ringgit.

Katanya, kesemua PATI telah dibawa ke Pos Keselamatan ATM untuk pemeriksaan kesihatan seterusnya dihantar ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Facebook Berita RTM Sabah

Sumber/Foto : ATM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *