Madius Buat Laporan Polis, Khuatiri Keselamatan Diri Dan Keluarga

Madius bersama dengan Setiausaha Agung Upko Nelson Angang dan beberapa pemimpin serta penyokong Upko selepas membuat laporan polis tersebut. Gambar Ehsan Upko Tuaran

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian dan Perdagangan, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meminta polis menyiasat artikel berbaur fitnah di media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan isu pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Madius meminta polis menyiasat dalang dibelakang artikel fitnah ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Penampang di sini hari ini, Madius yang juga Presiden Upko berkata akibat perbuatan fitnah tersebut beliau telah mendapat panggilan telefon orang ramai yang marah kepadanya.

“Saya turut khuatiri akan keselamatan saya dan juga keluarga saya,” katanya.

Gambar UPKO Tuaran

Madius berkata penyebaran artikel sedemikian bukan yang pertama dan beberapa laporan polis telah juga dibuat terdahulu.

“Saya percaya terdapat percubaan dan tindakan-tindakan yang disengajakan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah-fitnah terhadap saya.

Madius (kiri) dan Nelson Angang (kanan) menunjukkan laporan polis tersebut. Gambar Ehsan Upko Tuaran

“Saya ingin pihak polis membuat siasatan terhadap perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini sekarang kerap berlaku terhadap saya,” katanya.

Sementara itu, Upko Tuaran yang diketuai Ketua Pemuda, Charles Jouti bersama dengan Setiausaha Politik Kepada Madius, Joisin Romut bersama dengan wakil Parti Warisan Sabah turut membuat laporan polis yang sama di IPD Tuaran hari ini. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *