7 warga Filipina, 1 lelaki tempatan ditahan terbabit kumpulan pengganas

ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

KUALA LUMPUR: Tujuh individu warga Filipina dan seorang lelaki tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tangkapan pertama dilakukan pada 30 Oktober di Putrajaya membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bekerja sebagai ejen menjual jongkong emas.

“Suspek dipercayai terbabit dalam menyalurkan dana kepada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria) pada 2017 bagi tujuan membiayai kegiatan keganasan.

“Pada 1 November lalu, tiga suspek warga Filipina yang bekerja sebagai buruh berusia antara 27 hingga 51 tahun ditahan di Tenom, Sabah. Semua suspek menganggotai Kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) yang terbabit dalam kegiatan ‘kidnapping for ransom’ (KFR) di Selatan Filipina dan Sabah.

ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

“Seorang daripada suspek berusia 34 tahun mempunyai kemahiran dalam menghasilkan senjata api bagi kegunaan Kumpulan ASG,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, tangkapan ketiga dibuat pada 8 November lalu di Ranau, Sabah membabitkan dua suspek warga Filipina berusia 35 tahun dan 46 tahun yang bekerja masing-masing sebagai buruh dan juruteknik.

“Kedua-dua suspek adalah anggota Kumpulan ASG dan terbabit kegiatan KFR di Selatan Filipina dan Sabah. Suspek berusia 35 tahun berperanan merekrut kanak-kanak untuk menyertai Kumpulan ASG dan dijadikan perisai manusia ketika bertempur dengan Tentera Filipina di Basilan, Selatan Filipina.

“Suspek juga terbabit dalam memenggal kepala tebusan ASG. Ketika ditahan, kedua-dua suspek sedang merancang untuk melarikan diri ke Selatan Filipina bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan keempat dilakukan pada 12 November lalu di Tenom, Sabah membabitkan seorang suspek warga Filipina berusia 60 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.

“Suspek dipercayai terbabit dalam melindungi seorang suspek yang ditahan pada 8 November lalu ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis.

“Semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – Berita Harian

ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA tujuh individu warga Filipina dan seorang lelaki tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu. ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.
ANTARA individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga 12 November lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *