4 Pati Dan 4 Bot Pam Di Tahan PMM

Antara PATI yang ditahan

Empat lelaki disyaki pendatang tanpa izin (PATI) masing-masing menaiki bot pam ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di dua lokasi berasingan, semalam.

Lokasi pertama di perairan Laut Kuala Telaga, Pitas, PPM Kudat menahan dua lelaki kerana tiada dokumen pengenalan diri, jam 10.20 pagi.

Lokasi kedua di kawasan laut UMS Labuan dan menahan dua lelaki warga asing dan merampas bot pam serta enjin, jam 12.30 tengah hari.

Tangkapan dan rampasan bot pam dan enjin bernilai RM11,700 di bawa ke markas operasi masing-masing untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Ordinan Perkapalan.

Antara PATI yang ditahan
Antara bot pam yang ditahan oleh PPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *