Pink Legacy bakal dilelong RM209.2 juta

Berlian merah jambu Pink Legacy seberat 18.96 karat akan dilelog di Geveva minggu depan. – AFP

London: Berlian seberat hampir 19 karat, belian koleksi merah jambu kedua dilelong dalam masa dua tahun, dijangka meraih harga sehingga AS$50 juta (RM209.2 juta) apabila dilelong di Geneva, minggu depan.

Pakar barang kemas di Christie, Jean-Marc Lunel, berkata berlian berkenaan, Pink Legacy, akan dilelong pada 13 November ini, dianggar bernilai antara AS$30 juta (RM125.5 juta) hingga AS$50 juta.

“Ia antara berlian merah jambu paling indah pernah diserahkan untuk dilelong. Berlian itu adalah batu permata gred tertinggi bagi ketumpatan warnanya,” katanya.

Menurut Christie, berlian merah jambu yang beratnya melebihi 10 karat amat jarang ditemui dan sehingga kini, hanya ada empat berlian melebihi 10 karat pernah dilelong.

Satu daripadanya, berlian diberi nama Pink Promise seberat 15 karat, dijual ketika lelongan Christie di Hong Kong, November tahun lalu, dengan harga AS$32.5 juta (RM136 juta).

Harga berkenaan, iaitu AS$2.176 juta (RM9.1 juta) setiap karat masih kekal sebagai harga termahal bagi satu karat berlian merah jambu.

Pada 2013, berlian merah jambu besar seberat 59.60 karat dijual ketika lelongan Sotheby dengan harga AS$83 juta (RM347.3 juta) atau AS$1.39 juta (RM5.8 juta) satu karat.

Berlian Pink Legacy pernah menjadi milik keluarga Oppenheimer yang menguruskan syarikat perlombongan berlian De Beers selama beberapa dekad. Christie bagaimanapun, enggan memberitahu pemilik berlian itu sekarang.

Ia ditemui di lombong berlian Afrika Selatan kira-kira satu abad lalu, dan dipotong untuk dibentuk pada 1920-an.

Menurut Lunel, sejak itu bentuk berlian berkenaan tidak pernah diubah.

Ketua bahagian barang kemas Christie, Rahul Kadakia berkata, berlian Pin Lagacy antara berlian terhebat dunia dan pasti menarik ramai bakal pembeli. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *