Lelaki Jepun ‘kahwin’ wanita hologram

Akihiko bersama pasangannya.

TOKYO: Apabila ibu Akihiko Kondo enggan menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di sini baru-baru ini, tiada siapa yang terkejut dengan keputusan beliau, kerana bakal menantunya adalah wanita ‘hologram’.

“Bagi seorang ibu, tiada ada yang perlu diraikan,” kata Kondo, 35, mengulas mengenai pasangannya, iaitu penyanyi realiti maya, yang dikenali sebagai Hatsune Miku.

Malah, sebenarnya tiada seorang pun ahli keluarga Kondo yang menghadiri majlis perkahwinannya dengan Miku, remaja berusia 16 tahun yang memiliki mata sepet dan rambut panjang berwarna hijau laut itu.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang Kondo untuk membelanjakan sebanyak dua juta yen (RM73,300) untuk mengadakan majlis perkahwinan rasmi di sebuah dewan di Tokyo.

Kira-kira 40 tetamu menyaksikan beliau mengikat hubungannya dengan Miku, yang hadir dalam bentuk anak patung dalam ukuran kucing.

Akihiko bersama pasangannya.

“Saya tidak akan curang kepadanya (Miku). Saya akan sentiasa menyayangi Miku-san. Saya memikirkannya setiap hari,” katanya kepada AFP seminggu selepas majlis perkahwinannya.

Sementara itu, sejak Mac lalu, Kondo tinggal bersama hologram Miku yang boleh bercakap menerusi peranti komputer berharga AS$2,800 (RM11,684). – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *