Rampasan Dadah Terbesar Di Sabah, Polis Tumpas Penyeludupan Dan Pengedaran Dadah Lebih 100 Kilogram Bernilai RM5.2 Juta Ringgi Di Tawau

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

TAWAU; 11 NOVEMBER 2018 (Ahad) – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu dengan berat keseluruhan 104.3 Kilogram dengan nilai harga pasaran sebanyak 5.2 juta ringgit serta menahan 4 lelaki berumur 31 hingga 29 tahun dalam dua serbuan di sekitar Tawau, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ia merupakan rampasan dadah terbesar di Sabah setakat ini.

Katanya, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang turut disertai Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotin (STING) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sabah itu dapat menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang terbesar di Sabah yang didalangi warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai rampasan dadah itu di Tawau hari ini.

Datuk Seri Mohmad berkata, operasi serbuan pertama dijalankan sekitar pukul 12.30 tenghari dihadapan sebuah premis berjaya menahan 3 suspek dalam sebuah kereta sebelum berjaya seorang lagi rakan mereka dalam sebuah kereta berasingan.

Jelasnya, penangkapan terbaharu itu ada kaitan dengan sindeket yang ditumpaskan sebelum ini di Lahad Datu melibatkan lebih 51 Kilogram syabu dan di Semporna 11 Kilogram.

Jelasnya, JSJN turut merampas wang tunai 2-ribu ringgit dan pelbagai jenis mata wang asing.

Menurutnya lagi, pihaknya masih menyiasat mengenai asal dadah berkenaan yang berkemungkinan berasal dari negara jiran berdasarkan 3 jenama bungkuasa teh yang digunakan untuk membungkus dadah.

Keempat-empat suspek berasal dari Johor dan Selangor berkenaan negative dadah namun seorang daripada mereka ada rekod jenayah lampau. Tangkapan turut melibatkan 2 kenderaan yang disyaki di sewa itu dilakukan di hadapan sebuah primis di Bandar Tawau.

Kesemua tangkapan direman di bawah seksyen 117 kanun prosidur jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Datuk Seri Mohmad berkata, kejayaan itu adalah hasil siasatan dan risikan serta pemantauan berterusan yang dijalankan olej JSJN dan beliau turut berharap masyarakat akan terus berkerjasama untuk menyelurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

Sumber Facebook Pages BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *