Gadis maut motosikal berkuasa tinggi terbabas

SEBUAH motosikal terbabas mengakibatkan penunggang remaja perempuan berusia 15 tahun maut di hadapan stesen minyak Shell di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. – Foto Facebook

KOTA KINABALU: Remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 5, Jalan Tuaran berhadapan stesen minyak Shell di Likas, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Masni Apin menunggang motosikal jenis Superbike KTM bersama pembonceng lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Ahmad Binsar, 30.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati remaja perempuan itu menunggang motosikal dari arah Likas menghala ke Kota Kinabalu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri di hadapan stesen minyak Shell. Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (QEH II) untuk bedah siasat, manakala pembonceng yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Habibi berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – Berita Harian

SEBUAH motosikal terbabas mengakibatkan penunggang remaja perempuan berusia 15 tahun maut di hadapan stesen minyak Shell di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. – Foto Facebook
SEBUAH motosikal terbabas mengakibatkan penunggang remaja perempuan berusia 15 tahun maut di hadapan stesen minyak Shell di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. – Foto Facebook
SEBUAH motosikal terbabas mengakibatkan penunggang remaja perempuan berusia 15 tahun maut di hadapan stesen minyak Shell di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. – Foto Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *