GBS Sedia Ambil Alih Kerajaan Jika Musa Menang

OTA KINABALU: Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata Gabungan Bersatu Sabah (GBS) bersedia mengambil alih kerajaan daripada pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) jika Tan Sri Musa Aman memenangi kes mahkamah sebagai Ketua Menteri yang sah pada Rabu (7 November).

Beliau menjelaskan bahawa Musa masih layak untuk memegang jawatan Ketua Menteri walaupun didakwa dengan 35 pertuduhan salahlaku rasuah berhubung transaksi konsesi balak Sabah membabitkan nilai keseluruhan RM263 juta pada Isnin.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kami melihat ini hanya sebagai gangguan politik untuk menjejaskan keadaan dan masa yang semakin hampir… jadi kita tidak perlu risau.

“Lagipun beliau tidak pernah disabitkan kesalahan dan jika Musa menang esok, dia akan tetap menjadi Ketua Menteri.

“Sudah pasti, dia akan mengendalikan kesnya dan merancang peralihan termasuklah menguruskan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Khas STAR Sabah di Dewan Sokid Villa hari ini.

Dalam pada itu, Jeffrey menjelaskan kemungkinan akan ada pilihanraya negeri dijalankan selepas kes tuntutan bekas Ketua Menteri lalu yang mencabar kesahihan perlantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri selesai.

“Kemungkinan akan ada tetapi tidak secara besar-besaran. Kenapa? Kerana saya menjangkakan pengukuhan keadaan kelak.

“Siapa mahu susah-susah pilihan raya kalau cukup itu nombor.

“Jadi ada kemungkinan tetapi kecil dan kami sudah bersiap sedia lebih awal,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *