Musa Aman dibenar ikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membenarkan Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2 juta dengan dua penjamin.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam bela Amer Hamzah Arsyad.

Hakim turut memerintahkan supaya pasport antarabangsa dan pasport diplomatik Musa diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah mengarahkan wang jaminan RM 1 juta dibayar pada hari ini manakala baki dibayar pada Rabu ini.

Sebagai syarat tambahan, Musa disyaratkan berada di Kuala Lumpur sehingga wang jaminan selesai dibayar.

Hakim Rozina kemudian menetapkan sebutan kes pada 13 Disember ini. – Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *