Pelajar Mangsa Ragut Cedera

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut dan siku . Gambar Media Sosial

KOTA KINABALU: Seorang pelajar SMK Tebobon cedera dalam pergelutan dengan peragut semasa perjalanan balik dari sekolah di kawasan Taman Fulliwa berhampiran jalan besar Tuaran by-pass di sini kelmarin.

Menurut polis, pelajar terbabit dengan seorang rakan telah dihampiri oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali menggunakan kenderaan jenis Proton Wira berwarna coklat.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut dan siku . Gambar Media Sosial

Lelaki berkenaan berpura-pura meminjam telefon mangsa lalu melarikan diri.

Mangsa yang cuba merampas balik telefon tersebut cedera apabila diseret oleh kenderaan tersebut. Saspek dilihat melarikan diri ke arah Telipok.

Ketua Polis Daerah, ACP Habibi Majinji mengesahkan kejadian dan menegaskan polis telah menggerakkan siasatan untuk memberkas saspek.

-SabahNewsToday

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut dan siku . Gambar Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *