Lori Tangki Minyak 10 Tan Terbabas, Pemandu Cedera Parah

Pasukan bomba melakukan kaedah pemadaman foam terhadap lori tangki minyak 10 tan tersebut. Gambar Ehsan Bomba

KENINGAU: Seorang pemandu lori tangki diesel 10 tan cedera parah apabila kenderaannya terbabas lalu terbakar di Ulu Bariawa Jalan Kimanis pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan Dua (2) Tonny Sipin berkata lori yang membawa muatan minyak diesel berkenaan terbakar 100 peratus di lokasi kejadian.

“Dalam kemalangan tersebut, terdapat seorang mangsa terlibat mengalami cedera parah.

“Mangsa berusia 49 tahun diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada Ambulans dan dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Keadaan lori tangki minyak 10 tan yang membawa muatan minyak diesel dalam kemalangan tersebut. Gambar Ehsan Bomba

Pasukan Bomba menggunakan foam atau buih untuk memadamkan api.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 6.33 pagi.

“Seterusnya menggegaskan anggota seramai sembilan orang ke lokasi untuk operasi pemadaman kebakaran.

“Operasi terkawal pada pukul 7.12 pagi dan tamat pada jam 9.04 pagi,” katanya.

Sumber -SabahNewsToday

Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada Ambulan dan dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada Ambulan dan dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *