KENINGAU: Seorang pemandu lori tangki diesel 10 tan cedera parah apabila kenderaannya terbabas lalu terbakar di Ulu Bariawa Jalan Kimanis pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan Dua (2) Tonny Sipin berkata lori yang membawa muatan minyak diesel berkenaan terbakar 100 peratus di lokasi kejadian.
“Dalam kemalangan tersebut, terdapat seorang mangsa terlibat mengalami cedera parah.
“Mangsa berusia 49 tahun diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada Ambulans dan dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Pasukan Bomba menggunakan foam atau buih untuk memadamkan api.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 6.33 pagi.
“Seterusnya menggegaskan anggota seramai sembilan orang ke lokasi untuk operasi pemadaman kebakaran.
“Operasi terkawal pada pukul 7.12 pagi dan tamat pada jam 9.04 pagi,” katanya.
Sumber -SabahNewsToday