Bapa, anak makan polis

Lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama bapanya ketika sedang masa anggota badan polis. FOTO THE SUN

KIEV: Dua beranak ditahan selepas disyaki memenggal seorang bekas polis dan memakan mayatnya di sebuah pekan di Ukraine.

Penduduk di Saltivka terkejut apabila menemui mayat tidak berkepala ditinggalkan berhampiran pintu masuk ke bilik bawah tanah berhampiran satu blok apartmen. Mayat berkenaan turut menunjukkan kesan lapahan, lapor Daily Mail.

Polis yang menyerbu kediaman seorang bapa dan anak lelakinya berusia 20 tahun menemui kepala mangsa berumur 45 tahun itu disorokkan dalam kotak yang diletakkan di balkoni rumah berkenaan.

Dua suspek itu yang ditemui separuh bogel dalam rumah mereka, kemudian ditahan. Mangsa dan dua beranak berkenaan tidak didedahkan identiti mereka.

Seorang penduduk, Alexandra Grabeynik berkata: “Saya melihat mayat itu, memang tiada kepala. Seluarnya disingsing dan dagingnya dikerat dari bahagian kaki.”

Mangsa dipercayai bekas polis yang dilaporkan hilang sejak 4 Oktober lalu, kata keluarganya.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *