Ahli Majlis Daerah perlu prihatin keperluan rakyat – Christina

TAWAU, 1 Nov – Ahli Majlis Daerah perlu mengutamakan keperluan rakyat  dalam melaksanakan pembangunan, kata  Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Beliau berkata mereka perlu kerap turun padang dan mengadakan aktiviti bagi memudahkan untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi rakyat.

“Bahkan beri pemahaman kepada rakyat mengenai kesedaran mematuhi perundangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain memfokuskan isu seperti air, elektrik, tanah dan kesihatan untuk diselesaikan,” katanya pada majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah Tawau sesi 2018-2020 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 24 Ahli Majlis Daerah dan 12 Anggota Bersekutu untuk Tawau menerima watikah pelantikan masing-masing.

Liew yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata Ahli Majlis Daerah juga perlu berperanan sebagai ejen menyuarakan kepentingan rakyat dan seterusnya memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *