Mujur tak disedut enjin pesawat

Penumpang (kiri) yang cuba membuka pintu pesawat. FOTO Facebook Kathleen Ingham

PENUMPANG panik nyaris disedut ke dalam enjin pesawat selepas dia membuka pintu kabin sebelum penerbangannya berlepas dari Cancun, Mexico ke St Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Daily Mail melaporkan, kejadian Isnin lalu itu dirakam oleh penumpang lain, Kathleen Ingram yang menunjukkan lelaki terbabit, Tommy Gray membuka pintu ketika enjin pesawat dihidupkan.

Tindakannya itu menyebabkan gelongsor kecemasan pesawat turut diaktifkan.

Penumpang mendakwa, Gray sebelum itu berlari ke arah kokpit sambil mengetuk pintu.

Kru kabin cuba menenangkannya hingga dia kembali ke tempat duduk namun selepas itu dia bangun dan membuka pintu kabin.

Keadaan itu mencetuskan suasana cemas apabila penumpang lain serta kru kabin cuba menahan lelaki terbabit disedut keluar.

Menerusi akaun Facebook, Kathleen menulis: “Mujurlah lelaki dan wanita berani yang menahannya di dalam pesawat, jika tidak dia pasti disedut ke dalam enjin”.

Gray kemudiannya dibawa keluar dari pesawat itu dan dibawa ke hospital.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *