WARISAN Sedia Lawan : SHAFIE

M

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia berhadapan dengan mana-mana parti dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengutarakan kesediaan itu sama ada pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lima tahun atau pada bila-bila masa.

“Rakyat sudah bersuara dan memilih kerajaan semasa pilihan raya umum lalu. Mereka kena terimalah.

“Tetapi jika tubuhkan parti atau gabungan baharu itu hak mereka kerana kalau kita melihat ahli-ahli GBS adalah daripada UMNO sendiri.

“Sebagai kerajaan kerja kita adalah untuk membantu rakyat dengan mengukuhkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan tinjauan ke lokasi Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berdekatan Pelabuhan Sabah.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Penubuhan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang ketuai oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Pengerusi sementara.

Keanggotaan GBS terdiri daripada empat parti politik iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), UMNO Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta beberapa wakil rakyat bebas.

GBS mempunyai 21 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 10 Ahli Parlimen.

Sumber – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *