Pelagak ngeri ‘hancur’ digilis

Oleg maut ketika menjalani perggambaran filem perang. FPTP East To West News

Moscow: Pelagak ngeri terkenal Russia mati digilis kereta kebal Nazi ketika babak perang dalam penggambaran filem Perang Dunia Kedua.

Oleg Shilkin, 31, ‘hancur’ apabila kereta kebal itu gagal dihentikan ketika berlakon dalam filem bertajuk ‘Ilyinskye Frontier’ dan tidak sempat dibantu paramedik yang dikerahkan ke situ, lapor Daily Mail.

Rakaman disiarkan Jawatankuasa Siasatan Russia menunjukkan detektif menyiasat tempat kejadian selepas kematian Shilkin.

Naib Presiden Persatuan Lagak Ngeri Russia, Varvara Nikitina berkata, kejadian itu terlalu mengejutkan.

“Semua orang yang terbabit dengan penggambaran masih tidak percaya apa yang berlaku, termasuk mereka yang bertanggungjawab untuk aksi lagak ngeri berkenaan,” katanya.

Jurucakap Studio Voenfilm berkata, ada ‘kejadian buruk’ berlaku ketika penggambaran.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *