Polis Tawau Rampas 253.6 Gram Syabu Bernilai RM22,500

GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU

POLIS TAWAU GEMPUR PENGEDAR DADAH

Tawau, 18 OKTOBER 2018 – Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dan Polis Gerakan Am BN17 yang diketuai oleh Insp Syed Muhammad Iqbal Bin Syed Yassin telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Kampung Mangga, Kalabakan.

Ketika tiba di sebuah rumah tidak bernombor tersebut, seorang lelaki yang sedang berada di ruang tamu kelihatan mencurigakan dan ingin melarikan diri setelah mengetahui pihak polis membuat serbuan dirumahnya. Sedikit pergelutan di antara pihak polis dengan suspek telah berlaku.

Pemeriksaan lanjut di ruang tamu tersebut telah menjumpai satu bungkusan plastik warna merah di atas meja di ruang tamu rumah. Bungkusan plastik tersebut di dalamnya terdapat 5 paket plastik lutsinar yang berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan sebanyak 247.5 gram dengan anggaran harga
RM 25,000.00.

Selain itu, terdapat peralatan untuk membungkus dadah jenis syabu. Setelah dibuat ujian air kencing, suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine dan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam masa yang sama di kawasan berasingan, satu operasi ronda cegah jenayah juga turut dilakukan oleh sepasukan polis dari Strike Team IPD Tawau yang diketuai oleh Insp Muis Bin Mursalam di kawasan bandar Tawau.

Setibanya di Pusat Transformasi Bandar ( UTC ) Tawau, kelihatan sebuah kenderaan yang mencurigakan diletak berhampiran kawasan tersebut. Insp Muis bersama anggota polis yang bertugas memeriksa kenderaan tersebut yang dinaiki oleh 2 lelaki dan 01 orang perempuan. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pemeriksaan tubuh badan terhadap ketiga-tiga suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

Pemeriksaan lanjut didalam kereta tersebut telah menjumpai 1 beg plastik warna hijau yg bertulis “watson” dari bahagian tengah diantara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dimana didalamnya terdapat 5 paket plastik lutsinar yang berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan angaran berat 253.6 gram berharga RM22,500.00.

Kesemua suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Saringan ujian air kencing suspek adalah negataif dan 2 orang daripadanya mempunyai rekod jenayah yang lampau. Kes akan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952.

YDH ACP Fadil bin Haji Marsus #fadilfireblade mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang terlibat mengempur dan membanteras jenayah dadah ini. Diharap dengan adanya operasi besar – besaran sebegini, Daerah Tawau akan bebas dari najis dadah serta kekal sebagai bandar yang aman dan sejahtera.

Sumber : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU

GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU
GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU
GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU
GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU
GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU
GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *