Tipu insurans makan diri

He (kanan) serah diri selepas isterinya, Dai (kiri) bunuh diri bersama dua anak mereka. Foto Agensi

Beijing: Perancangan seorang lelaki memalsukan kematiannya bagi mengaut untung duit insurans untuk keluarganya memakan diri apabila isterinya yang patah hati dengan kehilangannya, membunuh diri bersama dua anak mereka.

Lelaki berusia 34 tahun itu yang hanya dikenali sebagai He menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu dan kini ditahan atas tuduhan penipuan insurans serta sengaja merosakkan harta, kata polis dalam kenyataan disiarkan di platform media sosial WeChat, lapor South China Morning Post.

He, dari Hunan, selatan China, mengaku membeli polisi insurans bernilai 1 juta yuan (RM600,000) pada 7 September lalu tanpa memberitahu isterinya. Dia kemudian menyewa kereta majikannya yang dipandu ke dalam sungai supaya keluarganya boleh mendapat wang insurans terbabit, kata polis.

Malangnya, isterinya Dai Guihua, 31, patah hati dengan berita ‘kematian’ suaminya lalu meninggalkan pesanan di WeChat pada Rabu lalu sebelum menghilangkan diri bersama dua anak mereka berusia empat serta dua tahun.

Mayat mereka ditemui dalam tasik keesokannya dan polis tidak mengesyaki ia membabitkan perbuatan jenayah.

Dalam notanya, Dai yang juga suri rumah berkata, dia hilang semangat untuk hidup dengan kehilangan suaminya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *