12 Lelaki Ditahan Positif Dadah

AADK Kota Kinabalu membuat saringan air kencing pada Ops Cegah berkenaan. Gambar SNT/Ehsan AADK KK

KOTA KINABALU: Seramai 12 lelaki positif dadah ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu Operasi Cegah pada selasa.

Ketua Penguatkuasa AADK Kota Kinabalu Lawrance Galleh berkata, tangkapan tersebut berdasarkan lima kawasan berasingan iaitu di Kampung Sembulan, rumah pangsa Tanjung Aru, Taman Peringatan Petagas, Kampung Ketiau Putatan dan Kampung Likas.

“Individu yang ditangkap adalah berumur antara 13 hingga 50 tahun.

“Pada awalnya, AADK berjaya menahan 14 orang dalam operasi tersebut.

Antara salah satu tempat serbuan oleh AADK Kota Kinabalu pada operasi tersebut. Gambar SNT/Ehsan AADK KK

“Selepas membuat ujian air kencing mendapati 12 orang daripadanya positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, jelasnya penahanan bagi 11 individu tersebut dibuat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Seorang daripadanya diserahkan kepada pihak imigresen kerana dipercayai tiada pengenalan diri,” jelasnya.

Sumber -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *