Selamba terbang selepas langgar tembok…

NEW DELHI: Syarikat Air India hari ini menggantung tugas dua juruterbangnya selepas sebuah pesawatnya yang membawa 136 penumpang melanggar tembok lapangan terbang ketika berlepas tetapi meneruskan penerbangan selama empat jam meskipun ada kerosakan pada bahagian badan.

Pesawat Boeing 737 itu mengalami kerosakan itu ketika berlepas dari lapangan terbang Trichy, di selatan India untuk ke Dubai.

“Pegawai di lapangan terbang di negeri Tamil Nadu itu ‘memberitahu bahawa pesawat terbabit mungkin terlanggar tembok lapangan terbang,” menurut kenyataan Air India.

“Perkara (mengenai pelanggaran tembok) itu telah dimaklumkan kepada juruterbang. Namun, juruterbang yang memikul tanggungjawab melaporkan sistem pesawat beroperasi seperti biasa.

“Ia kemudian diputuskan untuk mengubah haluan pesawat berkenaan ke Mumbai sebagai langkah keselamatan.”

Jet itu mendarat di Mumbai empat jam kemudian dan beberapa gambar dalam pesawat rosak itu menjadi tular di media sosial selepas ia selamat melakukan pendaratan.

Kira-kira 130 penumpang pesawat itu kemudian dipindahkan ke pesawat baru untuk ke Dubai.

Air India memberitahu, dua juruterbang itu telah digugurkan daripada senarai tugas dan insiden itu dilaporkan kepada Direktorat Umum Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut.

“Pihak syarikat penerbangan memberi kerjasama penuh dalam perkara ini,” katanya lagi.

Sumber : AFP

Dua juruterbang Air India digantung kerana melanggar tembok lapangan terbang. – FOTO India Today/Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *