Sabah mahu bangunkan bersama industri automatif dengan Sarawak

FOTO BERNAMA

KUCHING, 12 Okt  – Sabah mahu bekerjasama dengan Sarawak dalam membangunkan industri automotif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata setakat ini kerajaan Sabah telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan pengendali automotif tempatan di negeri itu dengan kemungkinan membangunkan sektor itu.

“Pada masa ini, kilang mengeluarkan alat ganti telah dibangunkan di Kota Kinabalu, Sabah dan saya harap beberapa komponen penting juga boleh didirikan di Sarawak,” kata beliau selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman beliau di Demak Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata kolaborasi bersama untuk membangunkan industri automotif boleh direalisasikan kerana kedua-dua negeri itu mempunyai kepakaran dalam modal insan mereka.

Pada pertemuan itu, Mohd Shafie yang menyifatkan Abdul Taib sebagai “kawan rapat dalam arena politik”, turut berkongsi pandangan dengannya dalam menangani isu-isu ekonomi global.

-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *