Tikam kepala kerana sukar bernafas

Zhokov dibawa ke hospital dengan pisau masih terpacak di kepalanya.

MOSCOW: Seorang lelaki hampir maut selepas menikam kepalanya dengan pisau atas alasan untuk membantunya bernafas.

Mail Online melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Yury Zhokhov, 41, ditemui polis berlutut di sebuah padang di bandar Donetsk dengan sebilah pisau terpacak di kepalanya.

Satu video yang dirakamkan polis menunjukkan lelaki itu dengan tenang berbual dengan anggota polis yang menemuinya.

“Siapa yang menikam kamu?” kata anggota polis itu yang mengarahkan lelaki itu tidak menggerakkan kepalanya kerana bimbang dia akan mati serta-merta.

Zhokhov dengan tenang memberitahu: “Saya tidak boleh bernafas dengan hidung, jadi saya cucuk kepala saya.

“Kepala saya tidak boleh bernafas tetapi pisau ini terlekat di kepala.”

Lelaki itu kemudian segera dibawa ke hospital dan imbasan X-ray menunjukkan pisau itu tertanam di kepalanya dengan dalam.

Doktor memberitahu, ia satu keajaiban kerana lelaki itu tidak terbunuh atau mengalami kecederaan otak yang serius.

Tambah doktor, lelaki itu masih hidup kerana pisau itu hanya menembusi celah otaknya sekali gus tidak mencederakan organ penting berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pisau berkenaan dan dia hanya berdepan risiko mengalami jangkitan kuman.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *