6 anggota bomba maut ketika operasi SAR

ANGGOTA bomba di lokasi tragedi yang mengorbankan enam anggota bomba ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ke lombong di Taman Putra Perdana. – Foto ihsan pembaca

PUCHONG: Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage, di sini,

Dalam kejadian itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu

Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, ditemui lemas ketika operasi mencari remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan lemas di lokasi kejadian.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas membabitkan remaja lelaki itu pada jam 5.19 petang tadi.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota PPDA dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, ketika operasi SAR dilakukan, enam anggota PPDA terbabit dilaporkan lemas sebelum semua mangsa dibawa naik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, pasukan perubatan yang berada di lokasi memberi rawatan pernafasan awal (CPR) kepada semua mangsa.

“Namun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Mayat remaja lelaki yang dilaporkan lemas di lokasi berkenaan masih belum ditemui,” katanya.

Sumber : Beritan Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *