Operasi banteras penjualan telur penyu di Sandakan

SANDAKAN, 2 Okt – Jabatan Hidupan Liar serius dalam membanteras penjualan telur penyu secara haram di kawasan Bandar Sandakan dan Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 menerusi pelaksanaan operasi pengkuatkuasaan secara berterusan.

Terbaru, jabatan itu bersama agensi penguatkuasa yang lain menjalankan operasi bersepadu selama lapan hari sehingga Jumaat lepas.

Dalam operasi itu, sebanyak sebanyak 199 biji telur penyu dirampas yang ditemui di kawasan belakang  sebuah bangunan di Jalan Prayer  Bandar Sandakan pada 21 September lepas.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin berkata di sini hari ini tujuan operasi itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kesalahan menjual dan memiliki telur penyu di bawah  Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Selain Jabatan Hidupan Liar, operasi itu juga membabitkan Taman-Taman Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Imigresen, Polis, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am.

Sumber – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *