Mayat 34 pelajar gereja ditemui, 52 hilang

Pasukan keselamatan dibantu penduduk mencari mayat yang ditimbus di Kampung Petobo, Daerah Sigi, Palu, Pulau Sulawesi.

PALU: Penyelamat Indonesia menemui mayat 34 pelajar yang terbunuh dalam banjir lumpur akibat gempa bumi di Sulawesi Jumaat lalu yang menimbus gereja mereka, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

“Sejumlah 34 mayat ditemui oleh pasukan kami,” kata jurucakap Palang Merah Indonesia, Aulia Arriani kepada AFP.

Beliau menambah, pada awalnya 86 pelajar dilaporkan hilang dari sebuah kem Kitab Injil di Pusat Latihan Gereja Jonooge di daerah Sigi Biromaru.

Sumber  – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *