Angka korban gempa-tsunami Palu kini 832 orang

JAKARTA: Angka korban bencana gempa bumi dan tsunami di Indonesia kini mencecah 832 orang serta dijangka terus meningkat, kata agensi bencana hari ini.

Setakat ini hampir kesemua kematian yang direkodkan berlaku di Palu, dua hari selepas ombak setinggi 1.5 meter membadai bandar dengan 350,000 penduduk di pulau Sulawesi itu.

Sejumlah 11 kematian direkodkan di wilayah Donggala di utara Palu, katanya.

Sumber – AFP

ORANG ramai memeriksa mayat mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi dan tsunami di Palu. – Foto Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *