Jala terlekat pada terumbu karang di Pulau Lampu, Kudat ditanggalkan

KUDAT – Jala sepanjang 19 meter yang tersangkut pada terumbu karang di Pulau Lampu, Kalampunian di sini berjaya ditanggalkan oleh sekumpulan penyelam dalam satu program pembersihan.

Pengarah Pelancongan Taman Sabah, Fazrullah Rizally Abd Razak berkata jala tersebut ditanggalkan oleh  sekumpulan operator  penyelam dan Taman Sabah  dalam satu program pembersihan air bawah tanah sempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICCD).

“Usaha itu menunjukkan bahawa para penyelam berkenaan sangat prihatin dan menyedari betapa pentingnya menjaga kesihatan terumbu sebagai tarikan pelancong untuk manfaat dan penerusan industri pelancongan,” katanya selepas program itu di sini hari ini.

Fazrullah Rizally  berkata para penyelam lain ialah dari  Biostation Borneo Utara, Kudat Mammalian Dive Centre, Sirip Blue, sukarelawan tempatan dan sukarelawan antarabangsa termasuk dari Finland, China dan Singapura.

Beliau berkata kerjasama antara pengendali pelancongan dan Taman Sabah adalah penting untuk mengatasi isu dan cabaran dalam pembangunan industri pelancongan lestari serta masa depan  Taman Tun Mustapha.

Sumber –  BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *