24 gelandangan diselamatkan dalam operasi bersepadu di Sandakan

 

SANDAKAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan 24 gelandangan dalam Operasi Bersepadu membendung gejala kutu rayau dan gelandangan di sekitar bandar Sandakan semalam.

Operasi bersepadu  itu  bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Sandakan telah menyelamatkan 15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak.

Penolong Pengarah Bahagian JKM Sandakan Kasrin Atchil berkata gelandangan berstatus rakyat tempatan adalah seramai 14 orang dan selebihnya warganegara asing.

“Gelandangan rakyat tempatan itu biasanya diabaikan keluarga atas faktor masalah keluarga dan tindakan selanjutnya yang akan diambil termasuklah memanggil waris mereka untuk mengenal pasti masalah terbabit.

“Gelandangan warga asing akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *